kalau diikutkan, lbh baik ak diam saja. tp makin ak diam, makin bertambah2 beban dlm palaotak ak ni bila memikirkannya. yg mmbuatkan ak berani nk reveal hal2 yg berlaku sjak kebelakangan ni pun atas janji ak dgn shabat baik ak tu; yg selalu mengambil berat dan menyokong hidup ak dr pelbagai sisi hingga ak mampu utk hadap smua ni, terima kasih shabat =)
biarlah ak mulakan kisah ak ni dgn kiasan sbg mahkamah hati dan jiwa. bila masuk dlm mahkamah tu, ak la yg jadi plaintif, ak la yg jadi defendan, ak la peguam, ak la hakim dan ak la yg terlibat dgn masalah2 tu. smuanya ttg ak. bila dh jadi mcm ni, pertimbangan mmg kena buat dgn sebaik2nya, supaya langkah seterusnya nnt tak tersadung kaki sendiri lalu tersungkur di muka pintu hukuman dan penyesalan. so, bila dh ada mahkamah ni, ak harap bleh rungkaikan masalah2 ak tu dan mencari penyelesaian yg terbaik. mmg complicated!
hehe. ak x tahu plak status ak dlm ym sejak akhir2 ni rupa2nya menarik minat mereka yg mengambil berat. kdang2 ak sendiri pun x sedar ak dok merepek ntah apa2 dlm status ym tu, kdang2 sebagai pelepas perasaan saja. tp x sangka lak ianya jadi suatu isu yg last2 ak sendiri kena hadapi. orait. dlm mahkamah ni ak revealkan kes2 yg berlaku dlm sedikit ruang masa hidup ak ni. ianya x perlu masa yg lama, hnya beberapa hari saja pun dh boleh ubah seluruh keputusan sepanjang hidup ak…
—–
kes1: ttg mylove yg ak ’simpan’ sejak sekian lama. perkataan ’simpan’ tu bukanla bermaksud ak anggap dia sbg spare-part (no way, man!), cuma… biarla ak katakan yg ak pernah sukakan dia sepenuh hati ak. tp atas sbb2 tertentu, hubungan kami x menjadi dan ak redha dgn segala keputusan dia; walaupun hakikatnya mmg ssh utk terima. mgkn pd ketika tu ak sgt2 kuat utk hadap smua itu, dan ak cuba hidup ‘tanpa’ dia, dan ak succeed. tapi balasannya, ak terpaksa mengubah sesuatu yg sgt2 besar dlm hidup ak hingga ak tak mampu nk ‘kembali’ semula kepada keadaan yg dulu. tp ak bahagia juga (melalui cara ak) dan ak dh biasa hidup begitu.
but, sejak akhir2 ni dia ingin ‘pulang’ kepada ak. sesuatu yg sgt2 susah utk ak terima. sbb selama ini pun ak dh hidup tnpa ingatan langsung pd dia dan ak lalui dgn redha. tup2 dia ingin bina semula ‘hubungan’ kami dan ak sgt2 xleh terima. bukannya ak benci dia, cuma dalam keadaan tertentu ak terpaksa abaikan dia sbb ak dh bina hidup dgn cara mcm ni; tanpa dia. tp ak mmg xleh nk tipu diri sendiri. ak mmg tetap sukakan dia, cuma ada benda2 yg sgt2 complicated yg mengahalang. katalah pd sesiapa pun, mana boleh lupakan cinta dan kasih syg yg dh lama dibina, apatah lagi bila dikaitkan dgn firstlove, mesti sgt ssh nk lupa, wlaupun dgn beraninya ak dh lm hidup tanpanya. jujur, ak masih sygkan dia wlaupun kdang2 agak mustahil, tapi ak tetap inginkan dia bahagia walau dgn sesiapa pun.
—–
kes2: ttg mylove yg skrg ni. ya, boleh ak katakan ak masih sygkan dia setelah byk yg dh ak lalui dan ak lakukan utknya. dulu ak pernah kata yg ak sygkan dia sepenuh2nya, sampaikan ak hampir2 terbabas jua bila terlalu rindukan dia. tp bila dh berjauhan ni (setelah ak balik penang utk bercuti), ak cuba hidup ‘tanpa’ dia sbb kalau asyik rindukannya mesti ak akan ’sakit’. tp bukanlah ak putuskan mesej terus, cuma cuba jarakkan rasa syg yg teramat sgt supaya ak boleh juga teruskan hidup secara normal sepanjang cuti ak ni.
tapi ak akui, keadaan ni kdang2 mmbuatkan timbulnya beberapa konflik yg terpaksa ak hadapi. dan akhirnya hampir menjadikan ruang dan jarak kami menjadi semakin luas. kdag2 ak keliru dgn perasaan sendiri, bila terlalu byk yg aku berikan utk dia membuatkan ak hanyut dan hilang arah utk diri sendiri. masihkah ak dapat menyayangi dia?
—–
ermm… itulah antara dua kes yg terpaksa ak hadapi waktu ini. entahla, smuanya membangkitkan kekeliruan yg sgt2 sukar utk ak tempuhi. x tahu yg mn 1 harus ak deal, yg mn 1 harus ak selesaikan dulu. atau smuanya kerana pilihan yg sgt2 terbuka? orait. kalau dlm mahkamah kompem ada juri2 yg akan bg pendapat kan? so, kat sini ak senaraikan pendapat2 juri2 yg terdiri dr luahan2 mental ak jugak berkenaan kes2 yg ak tangani ni. x tahu la yg mn 1 paling relevan…
juri1: “tu la pasal. ko tu popular sgt, smpaikan smua org nak kat ko…” (perasan x bley blah!!!)
juri2: “apa ko igt ko hebat?! ko igt smua org ska kat ko?!! cermin la muka tu dulu…!!!” (nk wt mcm mn. ak yg lemau2 mcm ni pun bleh termasuk dlm masalah2 yg mcm ni. kan ke senang kalau xda sapa2 yg perasan kewujudan ak?)
juri3: “wat pilihan yg terbaik la. yg mn paling tepat dgn kehendak/ keinginan ko…” (masalahnya kalau dua2 tu adalah pilihan yg terbaik, mcm mn?)
juri4: “senang2 lu cari ja jln tgh. cari yg lain. wat buku baru.” (yezza. yg ni antara pilihan yg ak ska. tp kalau dlm hati masih ada cinta, mcm mn?)
juri5: “lu jadi player je la… wat stock byk2.” (wahahaha… caya la. kalau la smudah tu. last2 nnt karma beb, ak jugak yg kena… xass!)
aduhh… pening palaotak ak. xtau la mn satu cakap2 yg harus ak ikut. even ak sendiri pun dh buntu sgt. perlu ke ak mulakan lembaran baru dan lupakan segala2nya? mudahkah nk lupakan kenangan2 yg ada?? ermm… kalau la mahkamah hati & jiwa betul2 leh selesaikan masalah kan senang… ada sapa2 yg sudi bg pendapat ke? ataupun sudi jadi antara juri yg akan menilai kes2 ni?
case unsolved. court dismiss!

Recent Comments